Thursday, April 2, 2020

Dari Mata Jatuh Ke Hati (Part 2 : Keputusan Temuduga Seki MPP)



Sambungan post 1…

Tiba-tiba kakra tersepak ape benda tah masa tu. Nasib baik sempat cover ayu kejap.haha.. Menurut apa yg husband kakra cakap..Masa mula-mula dia tengok kakra di muka pintu nak masuk interview tu..Dia tetiba berdebar. Tengok tu macam xnak lepas dari pandangan. Mulalah saat itu cinta pandang pertama yang bermula dari husband kakra dulu. Time tu kakra tak rasa apa-apa lagi.

Clipart love first love, Clipart love first love Transparent FREE ...

Then, kakra pun ambil seat kakra. Sampai turn kakra kena interview. Husband kakra tak boleh nak pandang lama kakra (kata husband kakra). Berdebarnya tak habis lagi. 3 MPP lain duk interview kakra dulu. Then last sekali baru husband kakra interview. Dia tanya kakra “ Antara 1-10, awak pilih nombor berapa?”. Kakra jawab “ Saya pilih nombor 8”. Husband kakra terkejut sebab nombor kesukaan dia 8. Sebab dia lahir 8 January. Kakra pilih nombor 8 sebab kakra lahir bulan Ogos (Bulan 8). Dan sememangnya dari dulu kakra selalu bawa nombor 8 sebagai simbolik untuk diri kakra. Bak kata orang Cina, nombor 8 manyak Ong. Hahaha..Gurau je..~ Sebenarnya dalam nombor tersebut adalah terselit soalan-soalan yang candidate kena jawab mengikut pilihan nombor. Dan soalan tersebut yang kakra dapat adalah “Apakah Negeri-negeri Melayu Bersekutu di Malaysia”. Kakra sebut satu-satu sambil husband kakra kira dengan jari dia dengan gaya macho gitu. Haha..Acah-acah husband kakra time tu. Air muka dia memang tak senyum langsung kat kakra time tu. Serious je muka dia. Nak cover katanya.. Haha..Berdebar pun tak hilang lagi..


Sebenarnya ada cerita lagi sebelum interview. Kakra lupa nak cerita pada Entry Post 1. Kakra tersalah datang tarikh interview seki MPP. Kakra pergi interview SMF Fakulti FSPPP. Tu fakulti husband kakra. Tapi masa tu kakra tak terserempak lagi dengan husband kakra. Giler malu muka time tu. Rupanya kakra tersalah setting tarikh kat telefon. Punyalah kakra rasa malu sangat. Lekat 2 hari malu nak lalu kat fakulti FSPPP. Hahaha..Takpelah benda dah lepas dah..hahaa..

Shy Girl, Shy, Ashamed, Embarrassed PNG Image and Clipart for Free ...

Then lepas interview tu, kakra terus beredar. Dan husband kakra curi-curi tengok kakra keluar ke bilik tersebut. Macam biasalah, dia cover balik muka dia depan kawan-kawan. Hahaa.. Tempoh untuk dapatkan jawapan untuk jadi Seki MPP kalau tak silap dalam seminggu lebih. Dalam tempoh tersebut kakra ada terserempak dengan husband kat fakulti kakra. Cuma bukan terserempak depan-depan. Sebab dia selalu lalu kat situ nak balik Kolej. Cuma kakra buat biasa-biasa je sebab tak tahu lagi hati husband kat kakra time tu. Tapi dalam tempoh tu kakra kerap juga terserempak. Dia kalau lalu je nampak sesiapa lalu tepi dia, dia akan senyum. Kalau dengan lelaki dia senyum & angkat tangan. Kadang senyum je.


Lepas seminggu lebih kakra terima mesej dari salah sorang MPP yang kakra diterima menjadi Seki MPP dan diminta untuk hadir ke mesyuarat pada keesokkan malam kalau tak silap. Kakra terlambat datang sebab kakra takde kenderaan. Kakra duk rumah sewa dulu sebelum jadi seki MPP. Lepas tu minta tolong kawan hantarkan sebab waktu malam kakra tak berani nak jalan sorang-sorang. Masa tu tempat meeting di Pusat Islam UiTM Seremban. Tiba kakra ke pusat Islam. Husband kakra terkejut dengan kehadiran kakra. Pastu mulalah dia berdebar buat kali kedua..hahaaha… Memang topik ni penuh dengan debaran husband kakra.



Oh ya, sebelum tu kakra nak clearkan something. Kakra dapat seki MPP bukan sebab husband kakra yang pilih. Dalam borang yang kakra isi masa interview, takde gambar kakra. Dan lepas kakra keluar dari bilik interview, husband kakra dah lupa nama kakra dah. Sebenarnya yang pilih kakra jadi seki MPP adalah MPP lain. Sebab dia tengok pengalaman kakra masa diploma. So, kakra dipilih sebagai Exco Multimedia dan Pengantarabangsaan (kalau tak silap lah) hahaha..Jadi bila kakra tiba meeting di Pusat Islam tu, tu yang buatkan husband kakra terkejut..Tak sangka boleh jumpa lagi..

Sambungan ke next post…

No comments:

Post a Comment