Sambungan dari part 4…
First perjumpaan berdua kakra and husband di Port
Dickson. Situ tempat ramai orang tapi at least jauh sikit dari UiTM Seremban.
Harap takde sesape yang perasan kami kat sana. Maybe orang tak kenal kakra. Tapi
kakra risau jugak kalau ada yang kenal husband kakra then bawa balik gossip sebab
husband kakra jumpa kakra kat sana.
Semasa kami jumpa di sana... Mulalah rasa berdebar
sangat-sangat. First time kot borak depan-depan. Borak pulak soal hati. Cakap pun
malu-malu.. Muka husband kakra kalau dia malu muka dia merah. Muka dia cepat
merah sebab dia putih kemerahan. Mula-mula borak kami tak terus kepada soal
hati. Cuma kami borak pasal education masing-masing. Yelah, kami kan tak sama
fakulti dan kos. Jadi dia berkongsi apa yang dia belajar dan kakra kongsi apa
yang kakra belajar. Lepas setengah jam kemudian, barulah husband kakra start
dengan point soal hati.💓💓
First dia cakaplah macam mana hati dia boleh jatuh
cinta pada kakra. Dia bercakap sambil pandang muka kakra. Kadang dia suka
perhatikan mata kakra. Sebab dia cakap mata kakra lain. Mata kakra warna coklat
hazelnut. Macam perang sikit. Dia tahu tu bukan contact lens. Tapi kakra masa
dia tengah bercakap kejap pandang ke pokok, kejap pandang orang lalu lalang,
kejap pandang pantai..Sebab kakra malu pandang muka dia. Pastu dia panggil
kakra “Ra, saya benar-benar jatuh cinta pada awak. Saat kali pertama tengok
awak kat bilik interview, saya rasa lain sangat...” Kakra tanya husband kakra,”
Boleh saya tahu kenapa boleh jadi camtu? Sebab apa awak jatuh hati pada saya?”..
Husband kakra jawab “Saya takde jawapan untuk itu. Rasa tu datang secara
tetibe. Saya rasa dekat sangat dengan awak. Seolah-olah macam dah kenal lama.”

Sebenarnya kakra dah mula rasa suka dengan husband
kakra masa tu. Cuma tak menyeluruh lagi. Tapi perasaan bahagia dan selesa tu
ada. Husband kakra tanya “ Awak rasa tak apa yang saya rasa sekarang?”. Kakra tak
tahu nak jawab apa.. Tapi kakra jawab dengan jujur “ Ya, saya rasa yang sama!”.
Husband kakra terus tersenyum dan genggam tangan dia
sebab nak control excited dia kot.. Hahaha.. Tapi nampak lah muka dia excited
sangat. Then dia tanya kakra lagi “Sudi awak jadi teman hidup saya?”. Sambil
dia pandang muka kakra. Kakra mengangguk. Terus muka dia nampak excited. Hahaha.
Kakra cakap kena rahsiakan dulu pasal
hubungan ni. Sebab orang kenal husband kakra. Dan husband kakra pun bersetuju
dan dia pun syorkan begitu juga. Biar orang tahu sendiri. Tapi, kakra termenung seketika betul ke apa yang
kakra buat ni. Then, kakra proceed saja. Sebelum kami pulang ke penginapan
masing-masing, husband kakra belikan makanan untuk kakra. Then, barulah kami
pulang dengan masing-masing hati gembira.

Masa pulang tu, kawan-kawan kakra tak taw lagi pasal
ni. Kakra sembunyikan dulu. Nasib baik masa husband kakra hantar kakra pulang
ke rumah sewa kawan-kawan kakra tak perasan. Tapi ada yang bertanya siapa
hantar kakra pulang. Kakra cakap kawan.. Mereka semua tak prasan itu husband kakra
sebab cermin kereta tu gelap sikit. Dan hari tu juga kami sudah berpasangan. No
more single! Hahaha..
Bila tiba meeting or program kami masing-masing
control depan orang. Kami tak tunjuk pada orang yang kami couple. Lagipun
husband kakra memang jenis pandai cover. Tapi ada sorang MPP macam ada dapat
rasa sesuatu antara kakra and husband. Husband kakra selalu pandang kakra. Bila
kakra pandang husband, kakra pun tersenyum malu. Pastu terus paling muka ke arah
lain. Buat-buat kerja camtu. Lepas beberapa minggu, kakra dapat first hadiah
teddy bear kecik dan coklat dari husband kakra. Husband kakra datang ke rumah
sewa kakra tapi terus pergi sebab takut kantoi dengan kawan-kawan kakra.
Kawan-kawan kakra kenal husband kakra sebab dia kan MPP. Lepas tu kakra bawa
masuk hadiah tu ke bilik. Malam tu, kawan kakra terperasan dengan hadiah
tersebut. Kakra dah nak kantoi dah masa tu. Kawan kakra syak, kakra dah ada someone
time. Kakra tak mengaku. Mereka paksa kakra jawab siapa couple dengan kakra
time tu. Kakra taknak mengaku. Pastu kawan kakra buat kakra sampai kakra
jawab..Haha.. terpaksa kakra jawab jugak time tu. Tapi kakra minta mereka semua
rahsiakan. Kakra cakap, kakra couple dengan husband kakra tu. Mereka terkejut!
Tapi mereka semua okay je..huhu.. Dorang pun happy!

Lepas beberapa bulan sudah ada gossip di UiTM tentang
hubungan kami berdua. Yang tahu tak menyeluruh sebab ada yang masih tak kenal
kakra. Tapi masa tu kakra dah mula tak selesa. Sebab banyak sangat gossip. Sampai
lecturer kakra pun tahu. Pastu bahagian kakitangan staf UiTM pun ada yang tahu.
Tapi tak semua. Kadang ada yang tokok tambah dalam gossip tu. Tapi biasanya
dalam kalangan student yang suka buat cerita. Lepas beberapa bulan kami couple
sebenarnya ada konflik yang berlaku antara kami. Itu biasa dalam sesuatu
perhubungan. Lagi-lagi sebenarnya hubungan ni tak halal pun dalam Islam. Hahaha..
Sekarang baru sedarkan! Ya kakra setuju, Allah melarang kita mendekati maksiat.
Walaupun hanya sekadar bermesej atau jumpa camtu je pun dikira mendekati
maksiat. Tapi yelah, waktu tu kami berjiwa muda lagi. Manusia mana tak buat
silap kan. Tapi kakra nak nasihatkan pada sesiapa yang tengah couple
percepatkan lah pernikahan anda bersama pasangan bila dah cukup syarat tertentu.
Cinta selepas kahwin lagi indah sebenarnya dari couple. Kakra admit sebab kakra
dah rasa semua tu. Nanti kakra ceritakan lebih lanjut sehingga ke perkahwinan
kami dan beberapa tips dalam menempuh ujian rumahtangga dan masalah kewangan.
Dari kami tiada kewangan langsung sampai kami sudah hampir stabil. Sebenarnya
apa yang kakra ceritakan ini bukan nak menunjukkan kami ni sweet tapi ada benda
jugak yang kakra nak jelaskan pada semua. Yang mana husband kakra pernah
difitnah. Tapi kena follow setiap part yang kakra tulis. Stay tuned!

Sambungan ke next post…
No comments:
Post a Comment