Monday, April 6, 2020

Dari Mata Jatuh Ke Hati (Part 6 : Lovers Kantoi)

Sambungan post part 5…

Semakin lama kami kenal antara satu sama lain, perasaan tu masing-masing makin mendalam. Husband kakra sangat ambil berat tentang kakra. Kalau kakra demam, dia akan hantarkan kakra ke klinik kesihatan time tu dia tak busy. Sebenarnya sepanjang kami couple kami jarang keluar bersama sebab  nak elakkan kantoi dari kawan-kawan kami dan husband kakra pun terlalu busy dengan assignment dan urusan di UiTM. Kakra pun ada busy juga dengan assignment bagai. Tapi, lama kelamaan kami terkantoi juga dengan kawan-kawan. Tapi belum keseluruhan lagi time tu. 
AB Assignment Help UK - Best Online Assignment Help Experts in UK

Masa tu kakra bagi coklat Cadbury pada husband kakra. Husband kakra suka makan coklat. Walaupun dia banyak makan coklat, tapi gigi dia tetap cantik tersusun. Pastu ada gigi rabbit depan tu. Huhhuhu…Kadang kalau dia senyum nampak comel pula. Haishhh.. Takpe cakap kat laki sendiri kang! Hahaha.. Jeles pula kakra tengok gigi dia. Haha.. Kakra punya gigi ada terjungkit ke luar sikit. Dah macam dracula..hahaha.. Lepas dapat coklat Cadbury tu, husband kakra letak kat atas meja. Dan kakra lupa macam mana boleh terkantoi tentang coklat tu.. haha.. Time tulah, hampir 90% nak terkantoi. 
Rabbit Teeth ClipartCadbury celebrates 80 years of sharing the Joy in South Africa
Kali pertama kami pernah date, di funfair. Kakra lupa funfair mana.. haha.. Banyak makan semut maa.. Time tu kami berdua tak taw nak borak apa. Pergi funfair pastu tengok orang main roller coaster. Hahaha.. Masing-masing terkebil-kebil tak taw nak cakap apa.. Pastu husband kakra tanya “ Kita nak buat apa kat sini eak?”. Kakra pun gelak, tak taw nak buat apa.. Pastu husband kakra ajak main ala-ala cable car tu. Cable car tu luas. Masa duk dalam tu, husband kakra duk jauh sikit dari kakra. Tapi setiap kali kakra pandang tempat lain, kakra terperasan yang dia selalu tengok kakra. Kakra memang tak bercakap time tu. Sebab kakra malu sangat. Lepas naik cable car, masa turun tu..husband kakra ada terpandang ke tempat lain. Kakra pun terus berlari menyorok ke kawasan kereta. Husband berlari-lari tercari-cari kakra. Kakra saja je menyorok. Time tu rasa macam kanak-kanak riang je..Haha.. Pastu husband kakra ternampak kakra kat kawasan kereta. Then, kakra jenguk ke tempat yang dia cari kakra tadi. Rupa-rupanya, terkejut kakra ! Dia ada di belakang kakra. Pastu kakra tersengih-sengih..Husband kakra cakap “ Ooo.. nak menyorok dari kite ya..” Pastu dia tersenyum.. Dia cakap kat kakra “ Comellah awak ni..!” Kakra pun lagilah rasa malu. Merah muka kakra.. Hahaha.. Tulah first date kami sebagai couple selepas berjumpa di Port Dickson sebelum ni. 

Funfair Free Vector Art - (7,097 Free Downloads)

Lepastu lama kami tak keluar bersama. Kami sentiasa berhubung dalam whatsapp & calling-calling. Then, lepas beberapa minggu, kami date di Ulu Bendul. tu second date kami. Kami pergi time orang ramai. Kami tak mandi pun just kakra bawa makanan kakra masak dan kami makan di kawasan pondok dekat sungai. Sambil tu kami borak-borak. Kakra masak mee goreng banyak sangat. Makanan tu tak habis. Kakra suruh husband kakra bawa balik ke kolej bagi kawan-kawan makan sekali. Masa husband kakra bagi kawan-kawan dia makan, husband kakra cakap ada makcik driver van yang kasi husband kakra makanan tu. Dia pun bagi-bagi sekali dengan kawan-kawan. Hahaha.. Pandai kelentong! Makcik driver van dia cakap! Kuang asam betul.. hahahaha… 
Van Driver Clipart


Selepas beberapa bulan, kami pergi makan KFC. Terkantoi dengan kawan husband kakra. Time tu baru 100% orang dah tahu tentang hubungan kami. Haha.. Punyalah terkejut tahap apa dah. Hahaha.. Mulalah muka sorang-sorang merah padam camtu. Haha..Dan masa tu tak boleh nak elak dah. Sebab dah terbukti kami ada hubungan. Huhuhu.. Dan masa tu baru lah semua MPP dan seki MPP dah tahu. Yang lain-lain tu kakra xpasti mereka sudah tahu keseluruhan ke belum. Sebab kakra tak brapa ambil tahu sangat. 

KFC plans to open shop in Byo | The Chronicle

Then, tiba cuti semester. Husband kakra hantar kakra ke stesen bas sebab kakra nak balik kampung kakra. Sebelum naik ke bas, kakra duk dalam kereta borak dengan husband kakra kejap. Pastu bila kakra dah nak ke tempat bas, kakra sengaja tinggalkan cardigan kakra kat kereta husband time tu. Pastu dia berlari kejar kakra nak bagi baju tu sebab ingat kakra tertinggal baju. Pastu kakra pun lari jauh dari husband sebab kakra sebenarnya sengaja tinggalkan untuk bagi dia hilang rindu. Dia bawa balik baju kakra ke kolej, then letak dalam almari. Dia sorok ke dalam sikit sebab tak nak kantoi dengan kawan dia. Husband kakra tak balik kampung dia lagi sebab dia ada urusan di UiTM. Tiap-tiap hari kalau dia nak ambil baju dia dalam almari, dia akan bau baju kakra bila rindu then letak balik dalam almari. Sampailah dia pulangkan baju tu bila buka semester. 



Masa cuti tu, husband kakra dah nak praktikal. Husband kakra praktikal dalam cuti semester. Sebenarnya kakra & husband tak sama batch. Masa tu husband kakra semester 5. Kakra pula semester 4. Kami sama-sama masuk university pada fasa pertama masa Diploma. Tapi Diploma kami lain cawangan. Kalau nak tahu, UiTM ada 2 fasa kemasukan. Fasa pertama pada hujung tahun dan fasa kedua pada pertengahan tahun kalau tak silap. Kalau kakra silap, harap maaf. Sebab dah lupa… hahaha.. Yang jadi berbezanya ketika kami degree. Sebab masa Diploma, kos kakra selama 3 tahun. Kos husband kakra pula selama 2 ½ tahun. Jadi bila masuk degree, dia yang masuk dulu. Then kakra masuk degree kemudian.   Masa husband kakra tengah praktikal. Kami ada crisis…


Sambungan ke next post…