Friday, May 1, 2020

Dari Mata Jatuh ke Hati (Part 8 : Bermula Kehidupan Selepas Belajar)





Sambungan post part 7…

Selepas beberapa hari tak silap kakra di tempat praktikal, kakra terima whatsapp dari husband. Ketika tu kakra dah jarang whatsapp dia sebenarnya, dan dia dah lama tak whatsapp kakra. Bila kakra menyepi, dia pulak whatsapp kakra. Kadang agak geram jugak, padahal dia sendiri yang minta kakra lupakan dia..Haha.. Whatsapp tu kakra terima 3 gambar, iaitu gambar dia convo sekali lagi, gambar medal emas camtu, dan gambar dia dalam majalah UiTM. Kakra pelik, asal dia convo lagi. Rupanya dia dapat satu lagi anugerah iaitu Anugerah Pingat Emas Yayasan Budiman UiTM. Gambar-gambar tersebut boleh rujuk pada gambar di bawah. Sebelum dapat anugerah ni, husband kakra dapat interview dari UiTM kerana terpilih sebagai calon pelajar terbaik UiTM se-Malaysia. Bukan satu cawangan tapi seleuruh Malaysia. So, husband kakra lulus interview dari beratus calon tak silap. Kalau silap maafkan ya hehe.. Sebab dah lupa dah..Bertahun dulu punya cerita. Dan hasil dari interview tu ada beberapa orang sahaja yang dapat sesuai dengan pencapaian dan sumbangan yang pernah mereka semua sumbangkan pada UiTM. Kakra proud sangat dengan dia waktu tu. Tapi kakra pun pelik tanya dia kenapa send gambar dan beritahu semua ni pada kakra. Then, dia senyap! Tak ke kakra rasa nak cepuk je dia..huhu.. Aish..kakra pun tak tau lah husband kakra ni nak apa sebenarnya.








Selepas beberapa bulan, kakra ada dengar benda-benda tak baik yang berlaku pada husband kakra melalui kawan-kawan dia. Time tu kakra and husband dah berbulan-bulan tak whatsapp. Ada juga kawan-kawan dia minta kakra nasihatkan husband kakra untuk keluar dari syarikat yang dia usahakan bersama kawan-kawan dia yang lain tu. Tapi kakra tak tahu sejauh mana sebenarnya berlaku dan apa yang telah terjadi sebenarnya. Macam biasa, kakra sentiasa akan ada bersama husband kakra setiap kali dia dalam kesusahan. Tapi time tu kakra just dengar je saja dulu. Tak buat tindakan apa-apa.

Alert, attention, problem, warning icon
Selepas tamat praktikal, Alhamdulillah kakra dah lulus kesemuanya dan bakal ke konvokesyen. Tapi nak tunggu tu setahun kemudian baru convo. Haha..Kakra sambung kerja di company kakra buat praktikal tersebut. Alhamdulillah, kakra tak pernah menganggur selepas belajar. Semasa dalam alam pekerjaan kakra ada alami masalah peribadi yang membuatkan kakra agak terganggu untuk bekerja di company tersebut. Kakra not really professional untuk handle emosi dan kerja waktu tu. Jadi kakra banyak termenung. Tapi masa tu kakra tak terfikir pun pasal husband kakra. Cuma ni masalah yang kakra perlu settlekan untuk diri sendiri.

Feelings Emotion Faces Transparent & PNG Clipart Free Download - YWD

Selepas beberapa bulan, husband kakra tetiba whatsapp kakra untuk ajak berjumpa. Kami jumpa di sebuah restoran. Time tu husband kakra tengah cari funder untuk melaburkan di company dia. Maybe untuk raw material kot. So, kakra ada fund dalam RM500 camtu. Masa jumpa, dia explain tentang company dia. So, kakra dengar dahulu then cuba kaji  balik apa yang kawan-kawan dia pernah cakap sebelum ni. Lepas beberapa bulan, kakra dapat semula duit kakra. Tapi pada masa yang sama, Kakra cuba buat selidik tentang company dia sebelum ni. Bila kakra dapat beberapa jawapan dari hasil kajian kakra, kakra related balik dengan sifat husband kakra. Husband kakra sebenarnya seorang yang sangat pemurah dan lembut hati. Dia jenis cepat kesian bila tengok orang lain dalam keadaan susah. Dia pasti akan tolong. Sebenarnya ada sebab kenapa kakra cuba related kan dengan sifat dan company husband kakra ni. Kalau sesiapa yang ikuti kesemua posting, akan faham apa yang kakra maksudkan. Dalam company tersebut husband kakra pegang jawatan sebagai Board of Director (BOD). Dan company tu memang sudah eksport product mereka ke Singapore, Thailand dan Indonesia (baru masuk sampel). Ini betul sebab kakra yang melihat semua tu semasa keberadaan kakra di company tersebut.

Ceo - Ceo Cartoon Png - Free Transparent PNG Download - PNGkey

Dalam kakra mengkaji, sebenarnya kakra banyak teringat kenagan manis kakra bersama husband. Bila terdengar lagu “Dengarlah Bintang Hatiku”, kakra teringat masa kat kampus dulu husband kakra pernah nyanyikan untuk kakra. Dia  dulu pernah curi-curi kenyitkan mata dia kat kakra depan kawan kakra. Masa tu kawan kakra tak perasan pun. Dan kakra malu-malu. Dulu masih berjiwa muda kan. Semua indah! Tapi kita selalu lupa yang indah itu adalah Maha Pencipta. Dia boleh berikan kita kebahagiaan dia juga boleh bagi kita kesedihan. Hati kakra masih lagi tetap sama untuk husband kakra. Dan tak pernah ada mana-mana lelaki dalam hati kakra. Walaupun masa ni ada beberapa orang nak melamar kakra dan mereka semua kerja-kerja bagus juga. Tapi kakra menolak dengan cara baik. Kakra bukan apa, kakra percaya kita kena memilih pasangan kita dari segi semua sudut sebab kita nak hidup dengan dia selamanya bukan sementara. Dan kakra tak nak bila kakra kahwin dengan orang yang kakra rasa takmboleh nak hidup dengan seseorang tu, ia membuatkan rumahtangga lagi tak utuh sebab jiwa kosong. Nak memilih pasangan bukan saja dengan melihat hati atau pekerjaaan. Tapi lihatlah semua sudut. Dan kakra selalu nampak masa depan kakra bersama dengan husband dan anak-anak kami. Untuk melihat pasangan, lihatlah siap yang memberi pasangan juga.

Clipart Of Wife, Married And Bakuran - Wife Cartoon, HD Png ...

Selepas beberapa bulan bekerja, kakra whatsapp husband kakra untuk minta kerja kosong di company husband kakra. Dan Alhamdulillah, dia minta kakra untuk datang interview. Dan kakra past kesemua ujian semasa interview.
Kakra resign dari company lama kakra. Lagipun kakra memang nak resign sebab ada benda yang kakra perlu settlekan. Lagipun time tu masalah kakra dah hampir selesai dah sebenarnya. Walaupun time tu agak susah kakra nak keluar, tapi kakra terpaksa buat keputusan tersebut. Kakra masuk ke company husband kakra, kakra ada susun beberapa strategies. Sebelum kakra buat keputusan untuk ke company husband kakra, kakra dah buat istikharah dan hati kakra tergerak perlu ke sana. Kakra amsuk ke company tersebut memang ada tujuan besar yang semua orang tak tahu. Termasuk husband kakra. First, kakra terpaksa ubah sedikit karakter kakra depan mereka. Kakra ada baca kisah penyiasat dalam cerpen cuma kakra lupa tajuknya. Jadi step tu kakra ada tiru sikit supaya startegies kakra ni berjaya. Kakra masuk company tu memang sebab husband kakra. Bukan sebab nak dapatkan cinta dia semula, tapi … Korang bacalah sampai habis dulu ya.. Baru korang akan faham. Kalau explain dari awal, tak best pulak cerita ni.  Huhu.. Kakra berani cerita dalam blog ni kesemua ni sebab ada benda kakra nak clearkan dari apa yang manusia-manusia jenis faham sebelum ni. Kakra harap mereka semua ni dan bekas-bekas partner husband kakra baca blog kakra juga supaya mereka tahu langit tu tinggi ke rendah.

Okay, kakra undur sikit cerita ni. Kakra cerita masa kakra di interview oleh husband dan 2 orang lagi partner husband. Mula-mula jejak ke company tu, kakra tengok memang besar jugak sebab gabungan ofis dan kilang. Masa tu kakra pergi dengan kawan kakra. Kakra tengok personality husband kakra berubah makin handsome pulak tengok. Badan pun dah nampak ketul-ketul sikit..!! Hahaha.. Kalau dulu kurus kering.Hahaha.. Aish.. berdebar pulak , teringat macam mula-mula interview seki MPP dulu. Masa tu orang yang first interview kakra adalah 2 orang tersebut, last sekali baru husband kakra. Kakra duduk kat sofa dulu then baru ke meja interview. Tapi kali ni husband kakra interview lain sikit cara dia. Kalau dulu dia tak pandang kakra tapi sekarang dia pandang kakra dengan mata tajam. Kakra nampak ada kebencian dia pada kakra. Kakra pun tak pasti kenapa. Something yang kakra rasa dia tahu yang kakra ada rancang sesuatu. Tapi kadang ada rasa tak. Kakra ada niat nak memberi pertolongan sebenarnya, tapi nant kakra ceritakan satu persatu. Sebab ia agak complicated dan perlu peras otak untuk sedikit berfikir . Haha.. Ini cerita benar dan kakra tak reka cerita.

Download Free png Tips For Attending A Job Interview - Potentash ...


Sambungan ke next post…