Sambungan dari post 2…
Setelah tiba kakra di Pusat Islam untuk meeting, kakra
terus duduk dan join meeting tersebut. Husband kakra time tu tengah bagi
taklimat pada semua seki-seki MPP yang terpilih. Time tu jawatan Exco
dibahagikan kepada seki-seki MPP. Dan kakra dapat jawatan Exco Multimedia &
Pengantarabangsaan. Ketika pembahagian jawatankuasa, kakra tak perasan lagi
husband kakra asyik pandang-pandang kakra. Ni husband kakra yang cerita balik
apa yang berlaku semasa meeting berlangsung. Macam biasa, dia cover..huhu..😑 Husband kakra kalau dia bercakap memang muka dia sangat serius. Kalau just
sembang-sembang kosong dia suka buat lawak.
Lepas habis meeting, kakra mesej kawan kakra untuk
ambil kakra. Tapi kawan kakra tak reply. Kakra dah cuak dah time tu sebab nak
balik ke rumah sewa takde transport. Pastu husband kakra nampak kakra tunggu di
luar Pusat Islam sorang-sorang. Sementara ada beberapa seki MPP belum balik
lagi sebab duk borak-borak dengan MPP. Then husband kakra cuba dekati kakra Tanya
“Kenapa tak balik lagi?”.. Kakra cakap kawan tak reply mesej untuk ambil. Jadi
tak tahu nak balik denagn sape. Pastu husband kakra minta salah sorang seki mpp
untuk hantarkan kakra. Fuhh…lega rasa ada orang boleh hantarkan balik. Tapi
time tu kakra ada perasan sikit cara husband kakra tenung muka kakra. Pastu di
cover balik. Dia senyum dan terus beredar dari tempat kakra.
Pada keesokkan hari, kakra ada beritahu sorang kawan kakra yang kakra terpilih sebagai seki MPP. Kawan kakra tu satu fakulti dengan husband kakra. Pastu kawan kakra cakap, nanti kalau jumpa ghaffar kirim salam ya. Kalau boleh ngoratkan sekali untuk dia. Kakra pun speechless tak taw nak cakap apa..😅 Hahaha.. Then kakra tnya kawan " Nani (bukan nama sebenar. Kakra hide nama dia..huhu), suka dia ya?". Pastu kawan kakra "Cakap suka juga sebab kalau ra nak tahu ghaffar tu best student. Every sem tak pernah tak dekan. Mesti selalu dekan. Pastu dia pulak sedap mata memandang. Tengok muka dia pun rasa cair." Kakra pun cuba melawak "Kalau ra tolong ngoratkan, kang nanti ra pula berjodoh dengan dia..Haha.." Tak sangka masin betul mulut kakra.. 😜Pastu kawan kakra pun cakap " Nani (bukan nama sebenar) gurau je, tapi kalau Nani ada jodoh dengan dia apa salahnya..huhu"..😍😍
Setelah beberapa hari, ada lagi meeting MPP bersama seki MPP pula di bilik khas MPP. Tu meeting yang nampak lebih proper sebab siap dengan meja meeting dan bilik khas meeting. Husband kakra duk di seat depan sekali sebab dia lead meeting time tu. Dan keberadaan kakra pula di hujung sekali . Hahaha.. Semasa meeting berlangsung, muka husband kakra memang serius. Dia tak suka kalau orang tak serius dalam kerja. 😏Nampaklah dia sangat berkarisma time tu. Tapi kakra tetibe macam terperasan sikit cara husband kakra pandang kakra. Kakra dah mula tak selesa. Bila time turn kakra nak bercakap, kakra agak segan sebab kakra macam perasan husband kakra duk perati kakra bercakap. Korang faham lah macam mana perasaan kalau ada lelaki pandang kita lain macam kan. Hahaha.. Waktu kakra bercakap, kakra memang tak pandang dia. Kakra pandang MPP lain.😐
Setelah beberapa hari, ada lagi meeting MPP bersama seki MPP pula di bilik khas MPP. Tu meeting yang nampak lebih proper sebab siap dengan meja meeting dan bilik khas meeting. Husband kakra duk di seat depan sekali sebab dia lead meeting time tu. Dan keberadaan kakra pula di hujung sekali . Hahaha.. Semasa meeting berlangsung, muka husband kakra memang serius. Dia tak suka kalau orang tak serius dalam kerja. 😏Nampaklah dia sangat berkarisma time tu. Tapi kakra tetibe macam terperasan sikit cara husband kakra pandang kakra. Kakra dah mula tak selesa. Bila time turn kakra nak bercakap, kakra agak segan sebab kakra macam perasan husband kakra duk perati kakra bercakap. Korang faham lah macam mana perasaan kalau ada lelaki pandang kita lain macam kan. Hahaha.. Waktu kakra bercakap, kakra memang tak pandang dia. Kakra pandang MPP lain.😐
Tiba cuti semester 3 degree, kakra tak balik kampung.
Kakra pergi Melaka, rumah cousin kakra. Saja nak jalan-jalan sana huhu..Selang
beberapa hari di Melaka, kakra terima mesej dari salah sorang MPP untuk lakukan
satu task. Kakra kena buat banner untuk masjid. Cuma details semua kena mintak
dengan husband kakra tu. Dia siap bagi nombor husband kakra pada kakra. Minta
untuk mesej dia dulu. Kakra pun bulat biji mata. Berdebar nak mesej sebab
teringat peristiwa di bilik meeting. Kakra siap berselawat lagi nak mesej.😚 Then, lepas sejam kemudian baru kakra mesej “ Assalamualaikum, ni ghaffar YDP
MPP ke? Saya Safura seki MPP. Ada MPP minta saya mesej awak untuk mintakkan
details tentang banner Masjid.” Banyak jam kakra tunggu dia tak reply. Pastu malas
nak tunggu kakra turun bawah nak makan. Haha..kakra kuat makan. Rumah cousin
kakra tu 2 tingkat.😆😆
Malam tu, barulah husband kakra reply. Menurut apa
yang husband kakra cakap, dia terkejut kakra mesej dia. Dan dia rasa bahagia
dapat mesej dari kakra. Poyo je dia time tu..Hahaha..Pastu dia cakap minta maaf
reply lambat sebab dia ada urusan penting. Husband kakra memang sangat-sangat
sibuk kalau ada program. Sebab dia orang penting time tu. Bermulalah kami
berchit-chat tapi berkenaan dengan kerja. Dia bagi details semua berkenaan
dengan tajuk program di masjid tersebut. Kakra lupa program apa. Pastu dia
cakap nanti jumpa dia untuk ambilkan buku “Cerita Cinta Ahmad Amar”. Sebab
program tu ada kaitan dengan buku tersebut. Kalau siapa kenal arwah Ahmad Amar
mesti tahu keperibadian beliau camne kan. Arwah Ahmad Amar sangat hebat. Beliau
merupakan pelajar yang sangat cemerlang SPM di RMC (Maktab Tentera Diraja)
namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan
dan perancangan kedua ibu bapanya. Beliau terkenal dengan misi kemanusiaan di
Syria. Dan kematiannya dicemburui oleh setiap muslim kerana beliau menjadi
tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki.

Okay back to sesi berchit chat tadi. Setelah beberapa
jam kami selepas discuss. Kakra ingat lepas tu dah tak mesej dah kecuali hal
kerja-kerja saja. Tetiba husband kakra mesej kakra lagi. Dia tanya kakra sihat
ke? Dah makan ke? Macam mana cuti semester? Buat apa?... Kakra pun tercengang
kejap. Nak reply ke tak mesej mamat ni. Hahaha.. Dia tanya kakra macam-macam.
Kakra pun layanlah kejap sebab time tu memang tengah free. Bosan sangat tak tau
nak buat apa kat bilik. Kakra jawab setiap persoalan dia. Tapi setiap mesej
kakra takde pun tanya-tanya soalan pada dia sebab dia yang banyak tanya kakra.
Memang nonstop duk mesej nga dia sampailah ke malam. Sampai kakra tertido.
Pada keesokkan hari, dia mesej kakra lagi. Tanya kakra
dah makan ke belum. Biasanya kakra takkan mula dulu mesej dia kecuali hal
kerja. Dia selalu mesej kakra dulu. Lepas beberapa hari, tetiba dia tanya kakra
soalan personal…
Sambungan ke next post…
No comments:
Post a Comment