Friday, April 3, 2020

Dari Mata Jatuh Ke Hati (Part 3 : Chit Chat)



Sambungan dari post 2…

Setelah tiba kakra di Pusat Islam untuk meeting, kakra terus duduk dan join meeting tersebut. Husband kakra time tu tengah bagi taklimat pada semua seki-seki MPP yang terpilih. Time tu jawatan Exco dibahagikan kepada seki-seki MPP. Dan kakra dapat jawatan Exco Multimedia & Pengantarabangsaan. Ketika pembahagian jawatankuasa, kakra tak perasan lagi husband kakra asyik pandang-pandang kakra. Ni husband kakra yang cerita balik apa yang berlaku semasa meeting berlangsung. Macam biasa, dia cover..huhu..πŸ˜‘ Husband kakra kalau dia bercakap memang muka dia sangat serius. Kalau just sembang-sembang kosong dia suka buat lawak.


Lepas habis meeting, kakra mesej kawan kakra untuk ambil kakra. Tapi kawan kakra tak reply. Kakra dah cuak dah time tu sebab nak balik ke rumah sewa takde transport. Pastu husband kakra nampak kakra tunggu di luar Pusat Islam sorang-sorang. Sementara ada beberapa seki MPP belum balik lagi sebab duk borak-borak dengan MPP. Then husband kakra cuba dekati kakra Tanya “Kenapa tak balik lagi?”.. Kakra cakap kawan tak reply mesej untuk ambil. Jadi tak tahu nak balik denagn sape. Pastu husband kakra minta salah sorang seki mpp untuk hantarkan kakra. Fuhh…lega rasa ada orang boleh hantarkan balik. Tapi time tu kakra ada perasan sikit cara husband kakra tenung muka kakra. Pastu di cover balik. Dia senyum dan terus beredar dari tempat kakra.

shy man 1 - Kathiyawadi Kalshor


Pada keesokkan hari, kakra ada beritahu sorang kawan kakra yang kakra terpilih sebagai seki MPP. Kawan kakra tu satu fakulti dengan husband kakra. Pastu kawan kakra cakap, nanti kalau jumpa ghaffar kirim salam ya. Kalau boleh ngoratkan sekali untuk dia. Kakra pun speechless tak taw nak cakap apa..πŸ˜… Hahaha.. Then kakra tnya kawan " Nani (bukan nama sebenar. Kakra hide nama dia..huhu), suka dia ya?". Pastu kawan kakra "Cakap suka juga sebab kalau ra nak tahu ghaffar tu best student. Every sem tak pernah tak dekan. Mesti selalu dekan. Pastu dia pulak sedap mata memandang. Tengok muka dia pun rasa cair." Kakra pun cuba melawak "Kalau ra tolong ngoratkan, kang nanti ra pula berjodoh dengan dia..Haha.." Tak sangka masin betul mulut kakra.. 😜Pastu kawan kakra pun cakap " Nani (bukan nama sebenar) gurau je, tapi kalau Nani ada jodoh dengan dia apa salahnya..huhu"..😍😍

Setelah  beberapa hari, ada lagi meeting MPP bersama seki MPP pula di bilik khas MPP. Tu meeting yang nampak lebih proper sebab siap dengan meja meeting dan bilik khas meeting. Husband kakra duk di seat depan sekali sebab dia lead meeting time tu. Dan keberadaan kakra pula di hujung sekali . Hahaha.. Semasa meeting berlangsung, muka husband kakra memang serius. Dia tak suka kalau orang tak serius dalam kerja. 😏Nampaklah dia sangat berkarisma time tu. Tapi kakra tetibe macam terperasan sikit cara husband kakra pandang kakra. Kakra dah mula tak selesa. Bila time turn kakra nak bercakap, kakra agak segan sebab kakra macam perasan husband kakra duk perati kakra bercakap. Korang faham lah macam mana perasaan kalau ada lelaki pandang kita lain macam kan. Hahaha.. Waktu kakra bercakap, kakra memang tak pandang dia. Kakra pandang MPP lain.😐

Board-meeting - Business Organizations Clipart, HD Png Download ...


Tiba cuti semester 3 degree, kakra tak balik kampung. Kakra pergi Melaka, rumah cousin kakra. Saja nak jalan-jalan sana huhu..Selang beberapa hari di Melaka, kakra terima mesej dari salah sorang MPP untuk lakukan satu task. Kakra kena buat banner untuk masjid. Cuma details semua kena mintak dengan husband kakra tu. Dia siap bagi nombor husband kakra pada kakra. Minta untuk mesej dia dulu. Kakra pun bulat biji mata. Berdebar nak mesej sebab teringat peristiwa di bilik meeting. Kakra siap berselawat lagi nak mesej.😚 Then, lepas sejam kemudian baru kakra mesej “ Assalamualaikum, ni ghaffar YDP MPP ke? Saya Safura seki MPP. Ada MPP minta saya mesej awak untuk mintakkan details tentang banner Masjid.” Banyak jam kakra tunggu dia tak reply. Pastu malas nak tunggu kakra turun bawah nak makan. Haha..kakra kuat makan. Rumah cousin kakra tu 2 tingkat.πŸ˜†πŸ˜†

Malam tu, barulah husband kakra reply. Menurut apa yang husband kakra cakap, dia terkejut kakra mesej dia. Dan dia rasa bahagia dapat mesej dari kakra. Poyo je dia time tu..Hahaha..Pastu dia cakap minta maaf reply lambat sebab dia ada urusan penting. Husband kakra memang sangat-sangat sibuk kalau ada program. Sebab dia orang penting time tu. Bermulalah kami berchit-chat tapi berkenaan dengan kerja. Dia bagi details semua berkenaan dengan tajuk program di masjid tersebut. Kakra lupa program apa. Pastu dia cakap nanti jumpa dia untuk ambilkan buku “Cerita Cinta Ahmad Amar”. Sebab program tu ada kaitan dengan buku tersebut. Kalau siapa kenal arwah Ahmad Amar mesti tahu keperibadian beliau camne kan. Arwah Ahmad Amar sangat hebat. Beliau merupakan pelajar yang sangat cemerlang SPM di RMC (Maktab Tentera Diraja) namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya. Beliau terkenal dengan misi kemanusiaan di Syria. Dan kematiannya dicemburui oleh setiap muslim kerana beliau menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki.


Okay back to sesi berchit chat tadi. Setelah beberapa jam kami selepas discuss. Kakra ingat lepas tu dah tak mesej dah kecuali hal kerja-kerja saja. Tetiba husband kakra mesej kakra lagi. Dia tanya kakra sihat ke? Dah makan ke? Macam mana cuti semester? Buat apa?... Kakra pun tercengang kejap. Nak reply ke tak mesej mamat ni. Hahaha.. Dia tanya kakra macam-macam. Kakra pun layanlah kejap sebab time tu memang tengah free. Bosan sangat tak tau nak buat apa kat bilik. Kakra jawab setiap persoalan dia. Tapi setiap mesej kakra takde pun tanya-tanya soalan pada dia sebab dia yang banyak tanya kakra. Memang nonstop duk mesej nga dia sampailah ke malam. Sampai kakra tertido.

Chit Chat Media Group - Home | Facebook

Pada keesokkan hari, dia mesej kakra lagi. Tanya kakra dah makan ke belum. Biasanya kakra takkan mula dulu mesej dia kecuali hal kerja. Dia selalu mesej kakra dulu. Lepas beberapa hari, tetiba dia tanya kakra soalan personal…

Sambungan ke next post…