Sambungan post 1…
Tiba-tiba kakra
tersepak ape benda tah masa tu. Nasib baik sempat cover ayu kejap.haha..
Menurut apa yg husband kakra cakap..Masa mula-mula dia tengok kakra di muka
pintu nak masuk interview tu..Dia tetiba berdebar. Tengok tu macam xnak lepas
dari pandangan. Mulalah saat itu cinta pandang pertama yang bermula dari
husband kakra dulu. Time tu kakra tak rasa apa-apa lagi.
Then, kakra pun
ambil seat kakra. Sampai turn kakra kena interview. Husband kakra tak boleh nak
pandang lama kakra (kata husband kakra). Berdebarnya tak habis lagi. 3 MPP lain
duk interview kakra dulu. Then last sekali baru husband kakra interview. Dia tanya
kakra “ Antara 1-10, awak pilih nombor berapa?”. Kakra jawab “ Saya pilih
nombor 8”. Husband kakra terkejut sebab nombor kesukaan dia 8. Sebab dia lahir
8 January. Kakra pilih nombor 8 sebab kakra lahir bulan Ogos (Bulan 8). Dan
sememangnya dari dulu kakra selalu bawa nombor 8 sebagai simbolik untuk diri
kakra. Bak kata orang Cina, nombor 8 manyak Ong. Hahaha..Gurau je..~ Sebenarnya
dalam nombor tersebut adalah terselit soalan-soalan yang candidate kena jawab
mengikut pilihan nombor. Dan soalan tersebut yang kakra dapat adalah “Apakah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu di Malaysia”. Kakra sebut satu-satu sambil husband
kakra kira dengan jari dia dengan gaya macho gitu. Haha..Acah-acah husband
kakra time tu. Air muka dia memang tak senyum langsung kat kakra time tu.
Serious je muka dia. Nak cover katanya.. Haha..Berdebar pun tak hilang lagi..
Sebenarnya ada
cerita lagi sebelum interview. Kakra lupa nak cerita pada Entry Post 1. Kakra
tersalah datang tarikh interview seki MPP. Kakra pergi interview SMF Fakulti
FSPPP. Tu fakulti husband kakra. Tapi masa tu kakra tak terserempak lagi dengan husband
kakra. Giler malu muka time tu. Rupanya kakra tersalah setting tarikh kat
telefon. Punyalah kakra rasa malu sangat. Lekat 2 hari malu nak lalu kat
fakulti FSPPP. Hahaha..Takpelah benda dah lepas dah..hahaa..
Then lepas
interview tu, kakra terus beredar. Dan husband kakra curi-curi tengok kakra
keluar ke bilik tersebut. Macam biasalah, dia cover balik muka dia depan
kawan-kawan. Hahaa.. Tempoh untuk dapatkan jawapan untuk jadi Seki MPP kalau tak
silap dalam seminggu lebih. Dalam tempoh tersebut kakra ada terserempak dengan
husband kat fakulti kakra. Cuma bukan terserempak depan-depan. Sebab dia selalu
lalu kat situ nak balik Kolej. Cuma kakra buat biasa-biasa je sebab tak tahu
lagi hati husband kat kakra time tu. Tapi dalam tempoh tu kakra kerap juga
terserempak. Dia kalau lalu je nampak sesiapa lalu tepi dia, dia akan senyum.
Kalau dengan lelaki dia senyum & angkat tangan. Kadang senyum je.
Lepas seminggu
lebih kakra terima mesej dari salah sorang MPP yang kakra diterima menjadi Seki
MPP dan diminta untuk hadir ke mesyuarat pada keesokkan malam kalau tak silap.
Kakra terlambat datang sebab kakra takde kenderaan. Kakra duk rumah sewa dulu
sebelum jadi seki MPP. Lepas tu minta tolong kawan hantarkan sebab waktu malam
kakra tak berani nak jalan sorang-sorang. Masa tu tempat meeting di Pusat Islam
UiTM Seremban. Tiba kakra ke pusat Islam. Husband kakra terkejut dengan
kehadiran kakra. Pastu mulalah dia berdebar buat kali kedua..hahaaha… Memang
topik ni penuh dengan debaran husband kakra.
Oh ya, sebelum tu
kakra nak clearkan something. Kakra dapat seki MPP bukan sebab husband kakra
yang pilih. Dalam borang yang kakra isi masa interview, takde gambar kakra. Dan
lepas kakra keluar dari bilik interview, husband kakra dah lupa nama kakra dah.
Sebenarnya yang pilih kakra jadi seki MPP adalah MPP lain. Sebab dia tengok
pengalaman kakra masa diploma. So, kakra dipilih sebagai Exco Multimedia dan Pengantarabangsaan
(kalau tak silap lah) hahaha..Jadi bila kakra tiba meeting di Pusat Islam tu,
tu yang buatkan husband kakra terkejut..Tak sangka boleh jumpa lagi..
Sambungan ke next
post…