Sunday, April 5, 2020

Dari Mata Jatuh Ke Hati (Part 5 : No More Single)


Sambungan dari part 4…

First perjumpaan berdua kakra and husband di Port Dickson. Situ tempat ramai orang tapi at least jauh sikit dari UiTM Seremban. Harap takde sesape yang perasan kami kat sana. Maybe orang tak kenal kakra. Tapi kakra risau jugak kalau ada yang kenal husband kakra then bawa balik gossip sebab husband kakra jumpa kakra kat sana.

Semasa kami jumpa di sana... Mulalah rasa berdebar sangat-sangat. First time kot borak depan-depan. Borak pulak soal hati. Cakap pun malu-malu.. Muka husband kakra kalau dia malu muka dia merah. Muka dia cepat merah sebab dia putih kemerahan. Mula-mula borak kami tak terus kepada soal hati. Cuma kami borak pasal education masing-masing. Yelah, kami kan tak sama fakulti dan kos. Jadi dia berkongsi apa yang dia belajar dan kakra kongsi apa yang kakra belajar. Lepas setengah jam kemudian, barulah husband kakra start dengan point soal hati.💓💓

Hot Pink Heart PNG Pic | PNG Mart

First dia cakaplah macam mana hati dia boleh jatuh cinta pada kakra. Dia bercakap sambil pandang muka kakra. Kadang dia suka perhatikan mata kakra. Sebab dia cakap mata kakra lain. Mata kakra warna coklat hazelnut. Macam perang sikit. Dia tahu tu bukan contact lens. Tapi kakra masa dia tengah bercakap kejap pandang ke pokok, kejap pandang orang lalu lalang, kejap pandang pantai..Sebab kakra malu pandang muka dia. Pastu dia panggil kakra “Ra, saya benar-benar jatuh cinta pada awak. Saat kali pertama tengok awak kat bilik interview, saya rasa lain sangat...” Kakra tanya husband kakra,” Boleh saya tahu kenapa boleh jadi camtu? Sebab apa awak jatuh hati pada saya?”.. Husband kakra jawab “Saya takde jawapan untuk itu. Rasa tu datang secara tetibe. Saya rasa dekat sangat dengan awak. Seolah-olah macam dah kenal lama.”

Seasonal affective disorder: Why brown-eyed women are at risk 

Sebenarnya kakra dah mula rasa suka dengan husband kakra masa tu. Cuma tak menyeluruh lagi. Tapi perasaan bahagia dan selesa tu ada. Husband kakra tanya “ Awak rasa tak apa yang saya rasa sekarang?”. Kakra tak tahu nak jawab apa.. Tapi kakra jawab dengan jujur “ Ya, saya rasa yang sama!”.
Husband kakra terus tersenyum dan genggam tangan dia sebab nak control excited dia kot.. Hahaha.. Tapi nampak lah muka dia excited sangat. Then dia tanya kakra lagi “Sudi awak jadi teman hidup saya?”. Sambil dia pandang muka kakra. Kakra mengangguk. Terus muka dia nampak excited. Hahaha. Kakra cakap  kena rahsiakan dulu pasal hubungan ni. Sebab orang kenal husband kakra. Dan husband kakra pun bersetuju dan dia pun syorkan begitu juga. Biar orang tahu sendiri.  Tapi, kakra termenung seketika betul ke apa yang kakra buat ni. Then, kakra proceed saja. Sebelum kami pulang ke penginapan masing-masing, husband kakra belikan makanan untuk kakra. Then, barulah kami pulang dengan masing-masing hati gembira.


Lovely Couple, Cartoon, Jane Pen, Word Art PNG Transparent Clipart ...

Masa pulang tu, kawan-kawan kakra tak taw lagi pasal ni. Kakra sembunyikan dulu. Nasib baik masa husband kakra hantar kakra pulang ke rumah sewa kawan-kawan kakra tak perasan. Tapi ada yang bertanya siapa hantar kakra pulang. Kakra cakap kawan..  Mereka semua tak prasan itu husband kakra sebab cermin kereta tu gelap sikit. Dan hari tu juga kami sudah berpasangan. No more single! Hahaha..

Bila tiba meeting or program kami masing-masing control depan orang. Kami tak tunjuk pada orang yang kami couple. Lagipun husband kakra memang jenis pandai cover. Tapi ada sorang MPP macam ada dapat rasa sesuatu antara kakra and husband. Husband kakra selalu pandang kakra. Bila kakra pandang husband, kakra pun tersenyum malu. Pastu terus paling muka ke arah lain. Buat-buat kerja camtu. Lepas beberapa minggu, kakra dapat first hadiah teddy bear kecik dan coklat dari husband kakra. Husband kakra datang ke rumah sewa kakra tapi terus pergi sebab takut kantoi dengan kawan-kawan kakra. Kawan-kawan kakra kenal husband kakra sebab dia kan MPP. Lepas tu kakra bawa masuk hadiah tu ke bilik. Malam tu, kawan kakra terperasan dengan hadiah tersebut. Kakra dah nak kantoi dah masa tu. Kawan kakra syak, kakra dah ada someone time. Kakra tak mengaku. Mereka paksa kakra jawab siapa couple dengan kakra time tu. Kakra taknak mengaku. Pastu kawan kakra buat kakra sampai kakra jawab..Haha.. terpaksa kakra jawab jugak time tu. Tapi kakra minta mereka semua rahsiakan. Kakra cakap, kakra couple dengan husband kakra tu. Mereka terkejut! Tapi mereka semua okay je..huhu.. Dorang pun happy!


Friend Png Picture - School Friends Photo In Cartoon, Transparent ...


Lepas beberapa bulan sudah ada gossip di UiTM tentang hubungan kami berdua. Yang tahu tak menyeluruh sebab ada yang masih tak kenal kakra. Tapi masa tu kakra dah mula tak selesa. Sebab banyak sangat gossip. Sampai lecturer kakra pun tahu. Pastu bahagian kakitangan staf UiTM pun ada yang tahu. Tapi tak semua. Kadang ada yang tokok tambah dalam gossip tu. Tapi biasanya dalam kalangan student yang suka buat cerita. Lepas beberapa bulan kami couple sebenarnya ada konflik yang berlaku antara kami. Itu biasa dalam sesuatu perhubungan. Lagi-lagi sebenarnya hubungan ni tak halal pun dalam Islam. Hahaha.. Sekarang baru sedarkan! Ya kakra setuju, Allah melarang kita mendekati maksiat. Walaupun hanya sekadar bermesej atau jumpa camtu je pun dikira mendekati maksiat. Tapi yelah, waktu tu kami berjiwa muda lagi. Manusia mana tak buat silap kan. Tapi kakra nak nasihatkan pada sesiapa yang tengah couple percepatkan lah pernikahan anda bersama pasangan bila dah cukup syarat tertentu. Cinta selepas kahwin lagi indah sebenarnya dari couple. Kakra admit sebab kakra dah rasa semua tu. Nanti kakra ceritakan lebih lanjut sehingga ke perkahwinan kami dan beberapa tips dalam menempuh ujian rumahtangga dan masalah kewangan. Dari kami tiada kewangan langsung sampai kami sudah hampir stabil. Sebenarnya apa yang kakra ceritakan ini bukan nak menunjukkan kami ni sweet tapi ada benda jugak yang kakra nak jelaskan pada semua. Yang mana husband kakra pernah difitnah. Tapi kena follow setiap part yang kakra tulis. Stay tuned!

Gossip Girl And The Juicy Tidbit – Funnier In Writing



Sambungan ke next post…