Monday, March 30, 2020

Dari Mata Jatuh ke Hati (Part 1 : Interview Seki MPP)



Assalamualaikum..

Hai, this is my first entry post. So, untuk first entry ni kakra nak cerita tentang personal life kakra. Macam mana kali pertama kakra jumpa dengan husband kakra. Wah, first post pun dh cerita benda-benda sweet eh! Haha.. Sebenarnya bosan duk rumah. Memandangkan sekarang ni kakra tengah mengandung, then dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID 19 ni , jadi malas nak pressure. So, kakra isi masa lapang dengan cara ni.

Okay, baiklah! Kakra cerita dengan lebih lanjut ya.. =)

Pertemuan kakra dengan husband memang sangat-sangat tak disangka. Sebelum kakra jumpa husband kakra buat pertama kali. Kakara selalu dengar nama husband kakra. Nama dia ‘Ghaffar’. Husband kakra dulu YDP MPP UiTM Seremban. Jadi no wonder ramai student duk sebut-sebut namanya. Yang tak tahan ada kawan-kawan kakra berminat nak kenal dengan husband kakra. Kata mereka “Handsome & Bijak”. Kembang hidung laki kakra nih kalau dia tahu. Kakra jenis jarang puji dia. Hahaha…Kiranya masa tu husband ni famous jugaklah kat UiTM Seremban tu. Tapi before tu kakra tak taw rupa husband kakra. Kakra cuma tahu YDP MPP tu nama Ghaffar saja. Kakra pula buat tak endah sangat. Lantaklah dia tu sape.. Haha..


Ketika kakra on the way ke bilik kuliah, kakra ada nampak notis permohonan untuk menjadi Seki MPP UiTM Seremban. Seki MPP tu secretariat MPP. Kiranya anak-anak buah MPP lah. Kalau MPP ada pertolongan apa-apa, mereka akan minta seki mpp ni yang bantu mereka untuk laksanakn tugas di UiTM. Masa tu kakra snap lah notis tu sebab berminat. Sebenarnya time Diploma dulu kakra dah aktif dalam aktiviti berpersatuan dan kepimpinan. Banyak jawatan besar juga kakra pegang dulu. Ada juga kawan-kawan kakra salahkan diri kakra sebab terlalu banyak masuk persatuan itu ini menyebabkan result kakra turun masa diploma dulu. Kakra dulu pernah Dean List (Dekan). Tapi sebenarnya bukan sebab tu. Ada lah malas nak kupas cerita lama sangat dengan benda-benda menyakitkan .Hahaa.. Kakra anggap semuanya salah diri sendiri. So, bila kakra masuk degree terasa bosan bila jadi student biasa. So, kakra cuba nasib. Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat, kakra redha. Haha.. (padahal x berapa redha pun). Memang nak masuk sangat sebenarnya.. Kakra xsuka buat perkara yang sama haha..

Why You Should Strive To Be On The Dean's List – Happy LifeStyle

Dekat UiTM ada kala kakra akan amik masa kakra bersendirian. Walau kawan-kawan selalu ajak pergi shopping, makan-makan, lepak..Tapi kakra banyak tolak. Sebab kakra jenis kalau bersendirian, ada yang kakra nak buat sesuatu sebenarnya. Ia berkaitan dengan carrier kakra selepas belajar. Cuma kakra jenis tak suka beritahu orang. So, sebab tulah kekadang tu selalu kawan-kawan tengok kakra jalan sorang-sorang. Kakra pula bukan jenis kaki lepak. Kakra ada misi kakra sejak zaman diploma lagi sebenarnya. So, sorry guys buat korang tersinggung dulu sebab tak nak lepak dengan korang. Kekadang cara kakra tu boleh buat hilang kawan kot..Haha.. Takpelah.. Kakra tahu apa nak buat.


Okay, back to perkenalan kakra dengan husband. Masa tu tiba masanya interview seki mpp. Oh, ya lupa nak beritahu. Husband kakra & kakra tak sama kos. Kakra kos Sains Matematik Pengurusan, manakala husband kakra merupakan student Sains Pentadbiran Polisi. Masa hadir interview tu, punyalah ramai betul pergi interview. Siap ada duk hafal isu-isu semasa. Dah macam nak pegi minta keje dah. Kakra pula selamba je pegi interview tak prepare apa-apa. Bayangkan orang lain semua ada borang & gambar. Kakra bawa diri je time tu. Borang pun tak isi apa-apa lagi. Gambar passport pula takde. Borang tu kakra isi masa datang interview. Masa tu tak jumpa lagi husband sebab dia duk interview student-student lain. Jadi memang tak jumpa lagi lah. Kakra punya duk perati muka sorang-sorang duk cuak. Cakap takutlah xlepas interview ni. Ramai juga yang nak jadi Seki MPP. Tapi ramai perempuan.. Laki tak ramai.. Mana lah laki semua ni..hahaha.. Pastu lepas sejam kemudian, tiba giliran kakra…Lepas isi borang, kakra bagi pada pembantu MPP time tu duk collect borang-borang candidate. Then, terus masuk ke bilik interview. Semua dalam keadaan senyap. Sebijik macam nak pegi interview keje. Haha..

Ivey MBA Interview Questions | Top MBA in Canada
Macam nilah contoh situasi interview seki MPP.
Kedudukan husband kakra berada di tepi kanan sekali. Manakala yang lain MPP lain. 3 lelaki dan seorang perempuan.


Then, jumpalah 4 orang MPP time tu termasuk husband. Dan tiba-tibaa…

Sambungan nanti ke entry yang kedua ya..hehe..

No comments:

Post a Comment