Assalamualaikum..
Hai, this is my
first entry post. So, untuk first entry ni kakra nak cerita tentang personal
life kakra. Macam mana kali pertama kakra jumpa dengan husband kakra. Wah,
first post pun dh cerita benda-benda sweet eh! Haha.. Sebenarnya bosan duk
rumah. Memandangkan sekarang ni kakra tengah mengandung, then dalam keadaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID 19 ni , jadi malas nak pressure. So,
kakra isi masa lapang dengan cara ni.
Okay, baiklah!
Kakra cerita dengan lebih lanjut ya.. =)
Pertemuan kakra
dengan husband memang sangat-sangat tak disangka. Sebelum kakra jumpa husband
kakra buat pertama kali. Kakara selalu dengar nama husband kakra. Nama dia
‘Ghaffar’. Husband kakra dulu YDP MPP UiTM Seremban. Jadi no wonder ramai
student duk sebut-sebut namanya. Yang tak tahan ada kawan-kawan kakra berminat
nak kenal dengan husband kakra. Kata mereka “Handsome & Bijak”. Kembang hidung laki
kakra nih kalau dia tahu. Kakra jenis jarang puji dia. Hahaha…Kiranya masa tu
husband ni famous jugaklah kat UiTM Seremban tu. Tapi before tu kakra tak taw
rupa husband kakra. Kakra cuma tahu YDP MPP tu nama Ghaffar saja. Kakra pula
buat tak endah sangat. Lantaklah dia tu sape.. Haha..
Ketika kakra on
the way ke bilik kuliah, kakra ada nampak notis permohonan untuk menjadi Seki
MPP UiTM Seremban. Seki MPP tu secretariat MPP. Kiranya anak-anak buah MPP lah.
Kalau MPP ada pertolongan apa-apa, mereka akan minta seki mpp ni yang bantu
mereka untuk laksanakn tugas di UiTM. Masa tu kakra snap lah notis tu sebab berminat.
Sebenarnya time Diploma dulu kakra dah aktif dalam aktiviti berpersatuan dan
kepimpinan. Banyak jawatan besar juga kakra pegang dulu. Ada juga kawan-kawan
kakra salahkan diri kakra sebab terlalu banyak masuk persatuan itu ini
menyebabkan result kakra turun masa diploma dulu. Kakra dulu pernah Dean List (Dekan). Tapi
sebenarnya bukan sebab tu. Ada lah malas nak kupas cerita lama sangat dengan
benda-benda menyakitkan .Hahaa.. Kakra anggap semuanya salah diri sendiri. So, bila
kakra masuk degree terasa bosan bila jadi student biasa. So, kakra cuba nasib.
Kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat, kakra redha. Haha.. (padahal x berapa
redha pun). Memang nak masuk sangat sebenarnya.. Kakra xsuka buat perkara yang
sama haha..
Dekat UiTM ada
kala kakra akan amik masa kakra bersendirian. Walau kawan-kawan selalu ajak
pergi shopping, makan-makan, lepak..Tapi kakra banyak tolak. Sebab kakra jenis
kalau bersendirian, ada yang kakra nak buat sesuatu sebenarnya. Ia berkaitan
dengan carrier kakra selepas belajar. Cuma kakra jenis tak suka beritahu orang.
So, sebab tulah kekadang tu selalu kawan-kawan tengok kakra jalan
sorang-sorang. Kakra pula bukan jenis kaki lepak. Kakra ada misi kakra sejak
zaman diploma lagi sebenarnya. So, sorry guys buat korang tersinggung dulu
sebab tak nak lepak dengan korang. Kekadang cara kakra tu boleh buat hilang
kawan kot..Haha.. Takpelah.. Kakra tahu apa nak buat.
Okay, back to
perkenalan kakra dengan husband. Masa tu tiba masanya interview seki mpp. Oh,
ya lupa nak beritahu. Husband kakra & kakra tak sama kos. Kakra kos Sains
Matematik Pengurusan, manakala husband kakra merupakan student Sains
Pentadbiran Polisi. Masa hadir interview tu, punyalah ramai betul pergi
interview. Siap ada duk hafal isu-isu semasa. Dah macam nak pegi minta keje
dah. Kakra pula selamba je pegi interview tak prepare apa-apa. Bayangkan orang
lain semua ada borang & gambar. Kakra bawa diri je time tu. Borang pun tak
isi apa-apa lagi. Gambar passport pula takde. Borang tu kakra isi masa datang interview.
Masa tu tak jumpa lagi husband sebab dia duk interview student-student lain.
Jadi memang tak jumpa lagi lah. Kakra punya duk perati muka sorang-sorang duk
cuak. Cakap takutlah xlepas interview ni. Ramai juga yang nak jadi Seki MPP. Tapi
ramai perempuan.. Laki tak ramai.. Mana lah laki semua ni..hahaha.. Pastu lepas
sejam kemudian, tiba giliran kakra…Lepas isi borang, kakra bagi pada pembantu
MPP time tu duk collect borang-borang candidate. Then, terus masuk ke bilik
interview. Semua dalam keadaan senyap. Sebijik macam nak pegi interview keje.
Haha..
Macam nilah contoh situasi interview seki MPP.
Kedudukan husband kakra berada di tepi kanan sekali. Manakala yang lain MPP lain. 3 lelaki dan seorang perempuan.
Then, jumpalah 4 orang MPP time tu termasuk husband. Dan tiba-tibaa…
Sambungan nanti
ke entry yang kedua ya..hehe..