Sambungan post part
7…
Selepas beberapa
hari tak silap kakra di tempat praktikal, kakra terima whatsapp dari husband. Ketika
tu kakra dah jarang whatsapp dia sebenarnya, dan dia dah lama tak whatsapp
kakra. Bila kakra menyepi, dia pulak whatsapp kakra. Kadang agak geram jugak, padahal
dia sendiri yang minta kakra lupakan dia..Haha.. Whatsapp tu kakra terima 3
gambar, iaitu gambar dia convo sekali lagi, gambar medal emas camtu, dan gambar
dia dalam majalah UiTM. Kakra pelik, asal dia convo lagi. Rupanya
dia dapat satu lagi anugerah iaitu Anugerah Pingat Emas Yayasan Budiman UiTM. Gambar-gambar
tersebut boleh rujuk pada gambar di bawah. Sebelum dapat anugerah ni, husband
kakra dapat interview dari UiTM kerana terpilih sebagai calon pelajar terbaik UiTM
se-Malaysia. Bukan satu cawangan tapi seleuruh Malaysia. So, husband kakra
lulus interview dari beratus calon tak silap. Kalau silap maafkan ya hehe..
Sebab dah lupa dah..Bertahun dulu punya cerita. Dan hasil dari interview tu ada
beberapa orang sahaja yang dapat sesuai dengan pencapaian dan sumbangan yang
pernah mereka semua sumbangkan pada UiTM. Kakra proud sangat dengan dia waktu
tu. Tapi kakra pun pelik tanya dia kenapa send gambar dan beritahu semua ni
pada kakra. Then, dia senyap! Tak ke kakra rasa nak cepuk je dia..huhu..
Aish..kakra pun tak tau lah husband kakra ni nak apa sebenarnya.
Selepas beberapa
bulan, kakra ada dengar benda-benda tak baik yang berlaku pada husband kakra
melalui kawan-kawan dia. Time tu kakra and husband dah berbulan-bulan tak
whatsapp. Ada juga kawan-kawan dia minta kakra nasihatkan husband kakra untuk
keluar dari syarikat yang dia usahakan bersama kawan-kawan dia yang lain tu.
Tapi kakra tak tahu sejauh mana sebenarnya berlaku dan apa yang telah terjadi
sebenarnya. Macam biasa, kakra sentiasa akan ada bersama husband kakra setiap
kali dia dalam kesusahan. Tapi time tu kakra just dengar je saja dulu. Tak buat
tindakan apa-apa.

Selepas tamat
praktikal, Alhamdulillah kakra dah lulus kesemuanya dan bakal ke konvokesyen.
Tapi nak tunggu tu setahun kemudian baru convo. Haha..Kakra sambung kerja di
company kakra buat praktikal tersebut. Alhamdulillah, kakra tak pernah
menganggur selepas belajar. Semasa dalam alam pekerjaan kakra ada alami masalah
peribadi yang membuatkan kakra agak terganggu untuk bekerja di company
tersebut. Kakra not really professional untuk handle emosi dan kerja waktu tu.
Jadi kakra banyak termenung. Tapi masa tu kakra tak terfikir pun pasal husband
kakra. Cuma ni masalah yang kakra perlu settlekan untuk diri sendiri.
Selepas beberapa
bulan, husband kakra tetiba whatsapp kakra untuk ajak berjumpa. Kami jumpa di
sebuah restoran. Time tu husband kakra tengah cari funder untuk melaburkan di
company dia. Maybe untuk raw material kot. So, kakra ada fund dalam RM500
camtu. Masa jumpa, dia explain tentang company dia. So, kakra dengar dahulu
then cuba kaji balik apa yang kawan-kawan
dia pernah cakap sebelum ni. Lepas beberapa bulan, kakra dapat semula duit
kakra. Tapi pada masa yang sama, Kakra cuba buat selidik tentang company dia
sebelum ni. Bila kakra dapat beberapa jawapan dari hasil kajian kakra, kakra
related balik dengan sifat husband kakra. Husband kakra sebenarnya seorang yang
sangat pemurah dan lembut hati. Dia jenis cepat kesian bila tengok orang lain
dalam keadaan susah. Dia pasti akan tolong. Sebenarnya ada sebab kenapa kakra
cuba related kan dengan sifat dan company husband kakra ni. Kalau sesiapa yang
ikuti kesemua posting, akan faham apa yang kakra maksudkan. Dalam company
tersebut husband kakra pegang jawatan sebagai Board of Director (BOD). Dan company
tu memang sudah eksport product mereka ke Singapore, Thailand dan Indonesia (baru
masuk sampel). Ini betul sebab
kakra yang melihat semua tu semasa keberadaan kakra di company tersebut.

Dalam kakra
mengkaji, sebenarnya kakra banyak teringat kenagan manis kakra bersama husband.
Bila terdengar lagu “Dengarlah Bintang Hatiku”, kakra teringat masa kat kampus
dulu husband kakra pernah nyanyikan untuk kakra. Dia dulu pernah curi-curi kenyitkan mata dia
kat kakra depan kawan kakra. Masa tu kawan kakra tak perasan pun. Dan kakra
malu-malu. Dulu masih berjiwa muda kan. Semua indah! Tapi kita selalu lupa yang
indah itu adalah Maha Pencipta. Dia boleh berikan kita kebahagiaan dia juga
boleh bagi kita kesedihan. Hati kakra masih lagi tetap sama untuk husband
kakra. Dan tak pernah ada mana-mana lelaki dalam hati kakra. Walaupun masa ni
ada beberapa orang nak melamar kakra dan mereka semua kerja-kerja bagus juga. Tapi
kakra menolak dengan cara baik. Kakra bukan apa, kakra percaya kita kena
memilih pasangan kita dari segi semua sudut sebab kita nak hidup dengan dia
selamanya bukan sementara. Dan kakra tak nak bila kakra kahwin dengan orang
yang kakra rasa takmboleh nak hidup dengan seseorang tu, ia membuatkan
rumahtangga lagi tak utuh sebab jiwa kosong. Nak memilih pasangan bukan saja
dengan melihat hati atau pekerjaaan. Tapi lihatlah semua sudut. Dan kakra
selalu nampak masa depan kakra bersama dengan husband dan anak-anak kami. Untuk
melihat pasangan, lihatlah siap yang memberi pasangan juga.

Selepas beberapa
bulan bekerja, kakra whatsapp husband kakra untuk minta kerja kosong di company
husband kakra. Dan Alhamdulillah, dia minta kakra untuk datang interview. Dan kakra
past kesemua ujian semasa interview.
Kakra resign dari
company lama kakra. Lagipun kakra memang nak resign sebab ada benda yang kakra
perlu settlekan. Lagipun time tu masalah kakra dah hampir selesai dah
sebenarnya. Walaupun time tu agak susah kakra nak keluar, tapi kakra terpaksa
buat keputusan tersebut. Kakra masuk ke company husband kakra, kakra ada susun
beberapa strategies. Sebelum kakra buat keputusan untuk ke company husband
kakra, kakra dah buat istikharah dan hati kakra tergerak perlu ke sana. Kakra
amsuk ke company tersebut memang ada tujuan besar yang semua orang tak tahu.
Termasuk husband kakra. First, kakra terpaksa ubah sedikit karakter kakra depan
mereka. Kakra ada baca kisah penyiasat dalam cerpen cuma kakra lupa tajuknya. Jadi
step tu kakra ada tiru sikit supaya startegies kakra ni berjaya. Kakra masuk company
tu memang sebab husband kakra. Bukan sebab nak dapatkan cinta dia semula, tapi …
Korang bacalah sampai habis dulu ya.. Baru korang akan faham. Kalau explain
dari awal, tak best pulak cerita ni. Huhu..
Kakra berani cerita dalam blog ni kesemua ni sebab ada benda kakra nak clearkan
dari apa yang manusia-manusia jenis faham sebelum ni. Kakra harap mereka semua ni dan bekas-bekas partner husband kakra baca blog kakra juga supaya mereka tahu
langit tu tinggi ke rendah.
Okay, kakra undur
sikit cerita ni. Kakra cerita masa kakra di interview oleh husband dan 2 orang
lagi partner husband. Mula-mula jejak ke company tu, kakra tengok memang besar
jugak sebab gabungan ofis dan kilang. Masa tu kakra pergi dengan kawan kakra. Kakra
tengok personality husband kakra berubah makin handsome pulak tengok. Badan pun
dah nampak ketul-ketul sikit..!! Hahaha.. Kalau dulu kurus kering.Hahaha.. Aish..
berdebar pulak , teringat macam mula-mula interview seki MPP dulu. Masa tu
orang yang first interview kakra adalah 2 orang tersebut, last sekali baru
husband kakra. Kakra duduk kat sofa dulu then baru ke meja interview. Tapi kali
ni husband kakra interview lain sikit cara dia. Kalau dulu dia tak pandang kakra
tapi sekarang dia pandang kakra dengan mata tajam. Kakra nampak ada kebencian
dia pada kakra. Kakra pun tak pasti kenapa. Something yang kakra rasa dia tahu yang
kakra ada rancang sesuatu. Tapi kadang ada rasa tak. Kakra ada niat nak memberi
pertolongan sebenarnya, tapi nant kakra ceritakan satu persatu. Sebab ia agak
complicated dan perlu peras otak untuk sedikit berfikir . Haha.. Ini cerita
benar dan kakra tak reka cerita.

Sambungan ke next
post…